SUKAN

Pakar psikologi yang mengkaji bagaimana aktiviti fizikal dapat mengurangkan kemurungan dan tekanan menyarankan bahawa jogging selama 10 minit adalah sebagus melakukan senaman fizikal selama 45 minit. Terdapat kajian menunjukkan senaman boleh menyingkirkan emosi tekanan pada kebanyakan individu.

Tekanan yang tidak dikawal dan diuruskan dengan baik boleh menjejaskan kesihatan secara keseluruhan. Jadi, inilah sebabnya kita perlu belajar cara untuk menguruskan tekanan dengan melakukan pelbagai aktiviti santai. Antara cara terbaik untuk mengurangkan tekanan ialah mengamalkan gaya hidup sihat dan menjadikan senaman sebagai rutin sepanjang hayat.

Oleh itu, saya memilih sukan bagi menjaga kesihatan dan merupakan salah satu cara untuk saya menghilangkan stress. Saya memilih beberapa sukan yang saya cukup minat antaranya berjoging, badminton, takraw, ping ping dan bola sepak.

Bukan saja pada hujung minggu, setiap individu dinasihatkan untuk meluangkan masa setengah jam setiap hari sama ada pada waktu pagi atau selepas kerja untuk bersenam atau sekurang-kurangnya berjoging di kawasan rumah.

#Ayuh Sukan Untuk Kesihatan :)

Catatan popular daripada blog ini

KATA-KATA HABIB ALI ZAENAL ABIDIN

KEMAAFAN

KAEDAH JERNIHKAN BATIN MENURUT IMAM AL GHAZALI - SIRI 1