PENGENALAN
Coretan by Syafie
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
Baik, kali ni nak cerita hal pengenalan kepada bermulanya kerjaya saya dalam bidang Teknologi Maklumat..
Bermulanya di Institut Latihan Perindustrian Kuala Langat Selangor di mana tempat saya belajar dalam bidang Teknologi Maklumat Multimedia. Setelah tamat belajar maka bermulalah dunia kerjaya saya di sebuah syarikat yang terletak di Desa Pandan Kuala Lumpur. Syarikat tu adalah ACX Communication Sdn.Bhd. di mana saya bekerja sebagai Pembantu Teknikal dan Vendor Telekom Malaysia (Installer Streamyx).
Sebelum tu saya praktikal di syarikat Pandone Technology Sdn.Bhd. Kemudian saya kembali ke kampung halaman di Klang, bekerja bersama syarikat All IT Hypermarket Sdn. Bhd. selama 4 tahun. Kemudian saya berhijrah bagi mengembangkan skill dalam kerja dan telah bekerja bersama syarikat Atama logistic Sdn Bhd. di sini saya belajar bagaimana pengurusan logistik perkapalan dalam export.
Akan tetapi saya rindu akan kerjaya dalam bidang yang telah saya pelajari ketika di institut iaitu dalam bidang Teknologi Maklumat Multimedia. Alhamdulillah saya berjaya berada dalam bidang yang saya inginkan di syarikat PHN Industry Sdn Bhd dan bekerja selama 4 tahun sebagai Penolong Pegawai Teknologi Maklumat. Di PHN Industry saya pernah mendapat Anugerah Pekerja Terbaik pada tahun 2019/2020 alhamdulillah syukur.
Pada Mac tahun 2020, saya perlu membuat keputusan penting untuk berhenti dan membawa keluarga berpindah ke utara tanah air, di Pulau Pinang kerana isteri dapat kerja sebagai Pensyarah di UiTM Pulau Pinang, Kini saya telah bekerja sebagai Penyelia Warehouse Olive House Utara, OHU Marketing Sdn. Bhd. lari kembali dalam bidang Teknologi Maklumat...
InsyaAllah, andai Allah beri rezeki ingin ku kembali bekerja dalam bidang Teknologi Maklumat.
#Information Technology In Life.