KEMAAFAN
"Bebunga kembang mekar di pagi hari, di siram embunan suci, namun kini ia layu, bermuram muka dan berduka"
"Semuanya itu adalah kerana, api kemarahan yang tersimpan, di hati yang kelam kian gelisah, memikirkan segala kesilapan nya"
"Katakan saja ku maafkan lah, kerana di sebalik maaf mu itu, terjalin kasih sayang, di antara kita semua,Maafkanlah selamanya"
Bismillah, Antara 99 Asma’ulllah al-Husna ialah al-Ghaffar yang bermaksud Maha Pengampun. ALLAH memang Maha Pengampun malah sangat suka kepada hamba-Nya yang bertaubat.
Menjadi seorang yang pemaaf adalah sangat disayangi dan dimuliakan ALLAH. Dalam surah al-Syura, ayat 43, ALLAH SWT berfirman yang bermaksud:"Tetapi orang yang bersabar dan memaafkan, sesungguhnya (perbuatan) yang demikian itu termasuk hal yang diutamakan."
Ketahuilah bahawa sesungguhnya ALLAH SWT mempunyai sifat pemaaf. Surah al-Nisa’, ayat 149 yang bermaksud:"Jika kamu menyatakan sesuatu kebaikan atau menyembunyikan atau memaafkan sesuatu kesalahan (orang lain), maka sesungguhnya ALLAH Maha Pemaaf lagi Maha Kuasa."
Rasulullah SAW ialah teladan buat kita sudah sekian lama dalam membina sifat pemaaf.
Rasulullah SAW ialah teladan buat kita sudah sekian lama dalam membina sifat pemaaf.
Akhir kalam, hidup kita bukan selamanya akan menongkat langit. Jadilah seorang yang mudah meminta maaf dan memberi maaf.