ISU SEMASA
KESIHATAN - Influenza.
Influenza merupakan penyakit yang disebabkan oleh virus influenza yang boleh dijangkiti kepada individu lain melalui titisan salur pernafasan apabila bercakap, batuk atau bersin. Gejala jangkitan boleh menjadi ringan mahupun serius dan ia juga boleh mengancamkan nyawa pesakit yang dijangkiti dengan penyakit ini.
Selesema ialah penyakit pernafasan berjangkit yang disebabkan oleh virus influenza yang menjangkiti hidung, tekak, dan kadangkala paru-paru. Ia boleh menyebabkan penyakit ringan hingga teruk, dan ada kalanya boleh menyebabkan kematian. Cara terbaik untuk mencegah selesema adalah dengan mendapatkan vaksin selesema setiap tahun.
Wabak yang disebabkan virus influenza bermusim akan menyebabkan demam selesema yang ringan pada kebanyakan individu dan jangkitannya cenderung berlaku sepanjang tahun, selain boleh menyerang semua peringkat umur termasuk kanak-kanak mahupun orang dewasa.
Amalkan langkah-langkah pencegahan bagi mengelakkan jangkitan :-
- Sekiranya mengalami demam dan batuk segera dapankan rawatan.
- Elak berada di tempat orang ramai.
- Memakai pelitup hidung facemask ketika berada di tempat awam.
- Basuh tangan dengan air dan sabun selepas batuk atau bersin.
- Elak berkongsi alat peribadi seperti tuala dan sapu tangan.
- Pastikan pengudaraan dan pencahayaan yang baik di rumah atau tempat kerja.
- Membuat pembersihan dengan bahan pembasmi kuman.
#Amalkan Gaya Hidup Sihat :)