Catatan

TERKINI

LATIHAN PENTAS SHOUTUL IKHWAN

Imej
Assalamualailum.. Baik..kita jumpa lagi.. Kini Shoutul Ikhwan dah sampai ke tahap latihan atas pentas..latihan ni di buat supaya mereka sentiasa bersedia dgn mood atas pentas... Bagi mereka rasa situasi sebenar duduk di atas pentas... kawalan gaya suara mereka beserta muzik.. Membina keyakinan mereka di atas pentas dan penguasaan pentas agar tak rasa susah nak ada di atas pentas nanti.. Latihan demi Latihan mereka buat..  siang malam walaupun banyak kekangan masa.. waktu..class..program..jadual yang sangat padat buat ahli ini..tapi dgn semangat mereka yang tinggi mereka usahakan juga latihan untuk pasukan nasyid..SAKBA 2024..  SM Sains Kepala Batas Pulau Pinang.. Ok Good Luck Shoutul Ikhwan 2024..  

LATIHAN LUAR SHOUTUL IKHWAN

Imej
 Bismillah... Hari ni 16.7.2024 bebudak Nasyid Shoutul Ikhwan terus buat latihan..bkn di dalam bilik muzik saja..bukan di kelas..dan bkn di atas pentas..saja bagi depa ambil angin petang..di kelilingi rakan2 supaya lebih yakin dan tidak malu untuk berdepan orang ramai duduk di atas pentas nanti.. Ya mereka bukanlah pasukan kuat..mereka kurang ilmu dan kurang faham akan nasyid pertandingan...jadi saya dengan ikhlas hati datang membantu mereka   Tak pe kita kasi buat sampai jadi ya.. teruskan latihan kalian sehigga hari pertandingan.. Semoga kalian berjaya..

Shoutul Ikhwan SM Sains K.Batas

Imej
 SHOUTUL IKHWAN Bismillah.. Ok.. ni kisah kumpulan nasyid dari Sek Men Sains Kepala Batas @ lbh dikenali sebagai SAKBA. Sekolah ni telah terlibat dengan nasyid pertandingan FNKSS tahun 2024. Maka tergerak hati utk saya membantu Ust Fazdli selaku guru pembimbing pasukan nasyid pada tahun ni.. Team ni di beri nama Shoutul Ikhwan dan kebanyakan pelajar yang terlibat dari form 2..form 4 dan form 5. Agak mencabar nak ajar mereka ni oleh sebab kekangan masa dan waktu.. jadual pelajar sangat2 padat...ada yg kelas..ada yang myertai pertandingan sukan..dan mcm2 la..  Tapi tak pe..cmne susah sekali pon saya dapat ajar mereka sesekali...Alhamdulillah sy beri task pada mereka utk mereka buat..sampai jadi.. Perkara yg saya tekan kan adalah.. Vocal Solo..Vocal Harmoni..Vocal Backup.. Kemudian baru masuk penyusunan gaya persembahan...selepas tu baru susun atur muzik.. Harap nya tahun 2024 ni ada la rezeki mereka..Amin...x mengharap Johan tapi kalau Naib Johan atau ke 3 insyaAllah... Semoga d...

PERTANDINGAN NASYID ZUNNUHA 2024

Imej
  Assalamualaikum semua, Alhamdulillah dapat kita berjumpa kembali dalam celoteh blog saya kali ni.. Ok, Saya nak cita pasal kisah budak2 nasyid ni je sebenarnya...Tahun 2024 dah pon masuk pertengahan bulan.. maka bermulalah pertandingan2 nasyid sekolah ... Sayang nya saya dah tak dapat jaga budak2 nasyid MRSM Kepala Batas ni oleh sebab tiada bajet dan tak mau ambil jurulatih dah sbb ada beberapa guru praktikal yang ajar.. Saya lihat Zunnuha 2024 ni masih kekal guna teknik yang saya ajar sebelum ni..cuma...bukan rezeki mereka utk jadi johan atau naib johan tahun ni.. Khabar berita yang di terima mereka dapat no 4 dari 7 pasukan yang mewakili negeri memasing.. Pertandingan di adakan di MRSM Sungai Besar Selangor.. Saya dapat bertemu ahli Zunnuha ni 2x sahaja...tu pon belah malam..tapi x pa dpt saya kongsikan pada mereka tips2 nasyid..cuma nya terkilan x dpt ajar mereka..yang saya dah bentuk hingga naib johan 2023 dan jatuh ke tangga ke 4 pada tahun 2024. Takpa Zunnuha dah pon buat y...

PENGENALAN BARU BUAT PELAJAR TENTANG NASYID

Imej
  Alhamdulillah dapat memberi sedikit perkongsian basic nasyid pertandingan bagi persedian mereka pada tahun 2024,  Ramai sungguh peminat kelab nasyid, terutama di awal usia form 1, form 3.. Tiap kali aku ajar mana2 sekolah pasti dapat pelajar muda2 yang nk tahu tentang nasyid pertandingan. InsyaAllah ada rezeki saya akan bantu mereka untuk pertandingan pada tahun 2024 ini... Terima kasih pada ust Fazdli dari SM Sains Kepala Batas Penang. Ini merupakan sekolah ke 3 di utara yang menggunakan khidmat latihan nasyid dari saya.

KATA-KATA HABIB ALI ZAENAL ABIDIN

Imej
Himpunan Kata-Kata Hikmah Habib Ali Zaenal Abidin Abu Bakar Al Hamid.. "Lakukanlah satu perkerjaan yang ringan dan mudah, tapi ganjarannya sangat besar di sisi Allah. Iaitu tidak menyakiti hati manusia lain malah memberikan kebahagiaan kepada mereka" -Habib Ali Zaenal Abidin Abu Bakar  Al-Hamid- "Perintah menutup aurat itu bukan pengekangan kepada kaum wanita. Itu adalah penghormatan. Kita, kalau ada emas, permata, intan. Dimana kita akan letak? Tak kan kita nak campakkan macam tu sahaja?" -Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid- "Apa yang kamu katakan itu, akan disaksikan oleh Allah. Jika kamu menipu walaupun orang lain tidak tahu, tapi Allah tahu kamu menipu. Terkadang orang pun tahu ianya menipu. Yang ditipu itu bukanlah orang lain, dirinya sendiri juga ditipu" -Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al-Hamid- "Jika seorang itu mendakwa dirinya berilmu, tetapi dia tidak ada rasa takut kepada Allah, tidak menghormati kepada orang lain, melanggar perkara-...

KERJA ADALAH IBADAH

Imej
KERJA ADALAH IBADAH & AMANAH IBADAH berasal dari Bahasa Arab yang bererti ketaatan, penghambaan dan penyembahan/ pengagungan. Menurut Ibnu Taimiyyah, ibadah adalah nama yang menggabungkan setiap perkara yang disukai dan diredhai Allah dari jenis perkataan atau perbuatan lahir dan batin. Ibadah dalam Islam bukanlah terhad kepada amalan ibadah ritual semata-mata seperti sembahyang, puasa, haji dan sebagainya (ibadah khusus), malah ibadah merangkumi, kerja-kerja kemasyarakatan dan sosial, mencari rezeki, sehinggalah kepada mengurus dan mentadbir negara. Kerja pula merupakan kesungguhan seseorang melakukan sesuatu perkara bagi mendapatkan upah atau ganjaran. Manakala amanah pula bermaksud memenuhi dan mematuhi segala apa yang telah dipertanggungjawabkan. Konsep kerja, ibadah dan amanah adalah merupakan tugas atau tanggungjawab untuk meraih pendapatan yang dilakukan oleh seseorang untuk mencari keredhaan Allah SWT. Ia berkaitan dengan apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dilakukan,...