CORETAN FESTIVAL NASYID TAHUN 2023
CORETAN MQSS 2023
1. Lain Macam! Nampaknya peserta 'melepas geram' setelah sekian lama takde pertandingan nasyid akibat COVID. Banyak benda baru dan eksperimentasi menzahirkan kreativiti peserta kali ni. Tahniah jugak ramai jurulatih hebat muncul kali ni. Wak nak kena belajar lagi dgn korang!
2. Brotherhood. Wak puji para alumni atau senior-senior sekolah yang turun padang dari jauh pakat ramai-ramai support adik-adik yang bertanding. Ini scene yang kalau boleh diteruskan utk masa akan datang.
3. Masing-masing ada misi dan perjuangan sendiri di pentas kebangsaan ni. Tapi jangan lupa misi utama yang ditetapkan penganjur menerusi syarat dan peraturan pertandingan. Kekadang, kreativiti terhasil bila ada limitasi. So kita follow je n perform best2.
4. Wak kesian kat group yang lagunya best2 tapi kesilapan key (biasanya tertinggi) telah 'melumpuhkan' persembahan kumpulan tu.. Aduhai sayangnya kalau jadi macam tu. Mungkin kena cari solusi supaya kesilapan sama tak berulang. Sebelum ni pernah ada yang mencadangkan membenarkan penggunaan pitch pipe sebelum mula.
5. Ukhuwah. Seronok bila berkumpul ramai-ramai jumpa-jumpa yang jauh yang dekat walaupun dalam waktu yang singkat.
6. Legasi. Harap KPM dan JAKIM teruskan pertandingan yang dah sedia elok ni. Mungkin boleh sama fikirkan jugak what's next lepas habis Peringkat Kebangsaan kan? Ini jelah platform nak lahirkan pelapis dakwah nasyid untuk akan datang.
7. Untuk pembimbing dan jurulatih, teruskanlah bersemangat melatih anak-anak nasyid ni. Jangan lupa terapkan nilai alhlak dan adab pada mereka sebab ramai mata melihat. Semoga anak nasyid kita sentiasa jadi contoh ikutan yang baik pada yang lain. Satu je, nanti bila dewasa diorang akan tengok balik video2 diorang bertanding zaman sekolah ni. So, jangan biarlan diorang kelihatan seperti 'bahan jenaka' atau 'nampak tak bijak' di atas pentas. Bagi mereka rasa bangga dengan persembahan dan pencapaian mereka yang ossem!
#mqss #miismam #nasyid #nasyidsekolah #wakpie #selangor #penang #kedah
