LUMRAH KEHIDUPAN

Lumrah,

Usah kau mengeluh resah, Usah kau berhenti lelah, teruslah melangkah dengan setulus tabah.
Kerana setiap manusia di lahirkan ke dunia, lumrah kehidupannya untuk di uji nilai imanya.

" Cukuplah bagi kami Allah, sebaik-baik pelindung dan sebaik penolong kami "

Alhamdulillah..

Kehidupan setiap insan di dunia ini mempunyai warna warni tersendiri. Tidak ada insan yang hidupnya sentiasa dihiasi dengan kegembiraan kerana pastinya ada ketika dia perlu melalui detik kesedihan, kemurungan dan kegelisahan. Memang menjadi lumrah kehidupan insan diwarnai dengan suka dan duka. Namun, segalanya berbalik kepada pilihan diri untuk menangani apa sahaja suasana dengan penuh kesabaran.

Tatkala ada insan yang menikmati kegembiraan dalam hidupnya, lantas dia bersyukur kepada Ilahi. Dia menzahirkan kegembiraannya pada kadar yang dibenarkan, malah turut berusaha menggembirakan hati orang lain kerana dirinya sedang merasai nikmat daripada Allah SWT. Insan seperti ini juga berusaha menjauhkan dirinya daripada bersikap bangga diri, takjub dengan kejayaan sendiri, merendahkan orang lain dan semua perkara negatif. Menjauhkan diri daripada perkara negatif inilah antara perkara yang dianjurkan Islam.

Firman Allah SWT dalam al-Quran berkenaan anjuran bersyukur tatkala menerima nikmat daripada-Nya: "Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya, jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmat-Ku kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azab-Ku amatlah keras." (Surah Ibrahim, ayat 7)

Sebenarnya kepelbagaian dugaan yang dihadapi oleh manusia berdasarkan kemampuan dirinya sendiri.Allah SWT tidak sekali-kali membebani hamba-Nya dengan ujian yang tidak mampu ditanggung oleh kemampuan diri. Penyelesaian kepada masalah yang timbul pula boleh ditemui dalam pelbagai bentuk dan cara. Cumanya individu yang ditimpa ujian tersebut perlu mengambil sikap positif.

Catatan popular daripada blog ini

KATA-KATA HABIB ALI ZAENAL ABIDIN

KAEDAH JERNIHKAN BATIN MENURUT IMAM AL GHAZALI - SIRI 3

KEMAAFAN